Hantarkan komen anda pada info@unimalaya.com

Saturday, July 10, 2004

Ikutilah resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampus

Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz, yang menerajui UM sebagai Naib Canselor selama dekat 20 tahun senantiasa mengingati anak buahnya supaya memuliakan penyu yang bertelur beratus biji satu malam dan hanya menitis air mata kegembiraan. Naib Canselor sekarang, Kapten Profesor Dato’ Dr (gigi) Hashim Yaacob yang menyanjungi Pak Ungku tidak suka kepada penyu tapi lebih kepada seekor ayam yang membawa riuh ke dalam kampus apabila hanya bertelur sebiji sahaja. Kemudian ayam Hashim Yaacob pula akan masuk bakul dan angkat setinggi yang boleh dengan kudrat telur sebiji.

Begitulah episode Wira Melayu Hashim Yaacob yang telah mengenepikan bangsanya sendiri dan memilih untuk melantik kaum lain sebagai pemimpin kerana katanya kaum bangsanya sendiri suka berdengki dan gemar menjatuhkan satu sama lain. Hashim Yaacob mahukan warga UM menulis artikel dalam jurnal antarabangsa supaya namanya nanti akan naik meloncat ke langit. Tapi Hashim Yaacob sendiri memilih mereka yang hanya pandai mengampunya, memujinya, membawa begnya, membuka pintu kereta Mercedes buruknya untuk dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor dan terus menjadi Dekan walaupun si pengampu itu tidak ada satu pun penerbitan dalam jurnal antarabangsa. Inilah Hashim Yaacob, bak kata pepatah Melayu itu mengagongkan telur ayam sebiji sedangkan ramai pendita dan wira yang terbukti yang diam seperti penyu dan menulis berpuluh kertas jurnal antarabangsa yang disingkirkan begitu sahaja.

Bukan sahaja ayamnya bertelur sebiji tetapi riuh sekampus, anak-anak ayamnya pula belum lagi bertelur sudah lebih riuh sekampus. Wirakarnain, orang kuat Hashim Yaacob mendaftar untuk ijazah PhD sudah sembilan tahun, masih belum bertelur tetapi megah membawa diri sebagai Wira di kampus, suka mengintip dan membuka berita fitnah ke atas mereka yang dianggap musuh ketat Hashim Yaacob. Anak ayam ini kononnya ingin menjadi jaguh tapi tak disedarinya ekor pula bergelumang dengan tahi. Hashim Yaacob yang megah dengan jurnal antarabangsa menjanjikan Wira PhD percuma (PhD kangkung) walaupun tak berjaya menulis tesis. Nama orang Wira yang cemerlang inilah juga yang telah menyebabkan ramai penyu menitis air mata kerana ingin dipupuskan di kampus UM.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home